Assalamualaikum...
sudah lama rasanya saya tidak menjenguk di laman tinta ini. Saya hampir terlupa akan kewujudan laman tinta ini...mungkin kerana kesibukan yang melanda. Diri ini terus diterjah dengan pelbagai urusan dan hampir tenggelam dengan segala musykilah yg membelenggu diri.
Malam ini, saya ambil sedikit masa untk menulis, Mungkin tulisan ini nampak biasa2 sahaja.Namun jauh di sudut hati, saya berharap tulisan ini dapat memberi seribu satu kebaikan buat seluruh umat manusia.
Seperti yang kita tahu, negara kita sekarang sedang menghadapi satu musibah jerebu. Di tempat saya sendri, indeks pencemaran udara (IPU) semakin meningkat dari hari ke hari.
Sesetengah manusia ada yang merungut dengan musibah ini. tidak kurang juga ada yang menyalahkan sesama sendiri sehingga timbul titik permusuhan sesama individu. Sikap mencari kesalahan orang lain bukan jalan penyelesaiannya bahkan ia akan memburukkan lagi keadaan yang sudah kritikal. Cuba berlapang dada dan fikirkan solusi bersama untk mengatasi masalah ini. jangan mudah melatah dengan musibah yang Allah timpakan kpd kita. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Yakinlah setiap kejadian yang berlaku mesti ada hikmah yang tersembunyi.
Bersyukurlah kerana kita masih lagi bernafas...
#ipu nilai 171
#keep pray
Comments
Post a Comment