Siapa
sangka di tengah-tengah kepesatan bandar Shanghai terdapat satu kawasan terbiar
yang rata-ratanya didiami oleh penduduk setinggan.
Kawasan ini
dikatakan kawasan termahal di dunia kerana kedudukannya betul-betul berada di
tengah bandar yang sedang pesat membangun.
Namun, hasrat pemaju yang ingin
membangunkan kawasan tersebut tidak kesampaian apabila mereka gagal mengusir
penduduk yang menetap di sana sejak 16 tahun yang lalu . Penduduk di sana
enggan berpindah kerana mereka sudah lama menetap di sana.
Salah
seorang penduduk di Guangfuli berkata pemaju yang ingin membersihkan tempat
tinggal enggan membayar harga tanah kepada kami kerana kami tidak mempunyai
geran tanah.
Luo
Baocheng tinggal di Guangfuli dengan keluarganya di sebuah bangunan pangsapuri
tiga tingkat yang kecil, yang diwarisi daripada ibunya berkata, pemaju hartanah
yang mahu membersihkan tanah tidak mahu membayar sejumlah wang kepada kami
kerana tidak memiliki sijil yang sah.
'Saya telah
tinggal di sini 32 tahun, adakah itu tidak bermakna ia harta saya?'
Tidak dinafikan mereka ditawarkan tinggal di pangsapuri yang baru namun mereka perlu membayar untuk menetap di sana. Situasi ini menjadikan mereka lebih tawar hati untuk meninggalkan tempat tersebut.
Tidak dinafikan mereka ditawarkan tinggal di pangsapuri yang baru namun mereka perlu membayar untuk menetap di sana. Situasi ini menjadikan mereka lebih tawar hati untuk meninggalkan tempat tersebut.
![]() |
Seorang lelaki bernama Zhang kelihatan duduk di atas katil. dia tinggal bersendirian dan menyimpan semua barang-barangnya di atas katil kerana sukar untuk bergerak |
![]() |
kelihatan seorang kanak-kanak sedang bermain basikal di bangunan yang hampir roboh |
![]() |
seorang lelaki bersama basikal tuanya berada di bawah ampaian pakaian berlatarbelakangkan bangunan-bangunan moden |
![]() |
Seorang lelaki memegang potret keluarga di rumahnya Guangfuli |
![]() |
keadaan aparment lama yang masih dihuni oleh penduduk Guangfuli |
![]() |
pemandangan dari atas sekitar kawasan Guangfuli yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit |
tempat yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan...
walau ditukar dengan mahligai indah..
aku rela bersama kenangan-kenanganku...
menjaganya dengan penuh cinta...
mungkin ia nampak sampah...tetapi bagiku adalah nyawa hidupku
sumber : www.dailymail.co.uk
Comments
Post a Comment